\ The Only Sparkling Star :): 2011

kengkawan :)

Thursday, August 25

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan Sekolah Berasrama Penuh 2011





Assalamualaikum w.b.t. :) raya dah dekat! dah ready ker untuk raya ? (for those muslims. heheehe) saya dah. hah! kejap2. sapa nak SPM tu ?? meh sini ! saya nie nak kongsi kertas soalan SBP 2011. so sapa kawan kawan yang amik SPM tahun nie ringan kan laa diri tu download soalan nie n jawab k ? tapi yang soalan SPM nie khusus untuk science side jerr taw. sorry ekk yg kelas sastera tu :( tapi ada few subjek korang boleh download g :D pelajar form4 boleh gak cuba soalan nie untuk persediaan tahun depan :)

PS: soalan nie berserta jawapan so jangan cheat taw ! :D


Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) :


1. Bahasa Melayu













Hope soalan kat atas tu dapat membantu untuk persiapan kita nie nak SPM :) Good Luck semua!! :D <3




thanks for read my entry. drop some comment

Saturday, August 20

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan :)



Assalamualikum w.b.t ?? jawab jawab. nanti tak pasal pasal berdosa pulak.
Alahhhhh... dah nak habis laaa Ramadhan kan kan ? :( sedih :( dah banyak ke amalan yang dah saya buat arr ??huuhuhuhu. takpe takpe. masih ada 10 hari lagi ! Aww~! 10 malam terakhir ? means... boleh lah kita cari pahala lebih sebab 10 malam terakhir ramadhan kan ada malam LAILATUL QADAR! malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! so apa tunggu lagi ??!! jom jom !
HADIS MALAM LAILATUL QADAR
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Saya nak kongsi sikit perkara yang kita boleh buat untuk rebut peluang nie :)
* Kosongkan 10 malam terakhir daripada perkara yang takde faedah atau kerja kerja yang leh buat korang sibuk gila
* Banyak melakukan ibadah berjemaah
* Mendekatkan diri dengan rumah Allah SWT
Solat Tarawih & Witir
Membaca/tadarus Al-Quran
Berzikir & berselawat kepada Nabi SAW
Solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat
Menghadiri majlis ilmu
Banyak berdoa memohon ampun daripada Allah

Apa tunggu lagi ??! jom lahhh! Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.



thanks for read my entry. drop some comment

Tuesday, August 2

Malam 27 Ramadhan

Kun minal Rabbaniyyin wa La Takun minal Ramadaniyyin~~

Kenapa "Ia" dikatakan Pada Malam ke-27 Ramadan- Disebut dalam kitab Latoif al Maarif bahawa sebahagian ulama' menyatakan Lailatul Qadr berlaku pada malam yang ke-27 kerana mengambil dalil dari dua tempat di dalam al Quran:

 1) Allah telah mengulang menyebut perkataan (ليلة القدر) pada 3 tempat di dalam surah al Qadr dan ia mengandungi 9 huruf. Oleh yang demikian, apabila didarab 3 dengan 9 maka ia menjadi 27, iaitu malam berlakunya Lailatul Qadr.


 2) Allah juga berfirman (سلام هي) dalam surah al Qadr. Maka kalimah (هي) yang bermaksud Lailatul Qadr adalah kalimah yang ke-27 daripada 30 kalimah yang terdapat di dalam surah ini.
- Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal daripada Sayyidina Abdullah ibn Umar beliau berkata:

"Sahabat-sahabat Nabi عليه الصلاة والسلام sentiasa menceritakan kepada Nabi عليه الصلاة والسلام tentang mimpi-mimpi mereka bahawa Lailatul Qadr ialah pada malam ke-7 lekur di dalam malam ke-10 terakhir Ramadan. Maka Nabi عليه الصلاة والسلام bersabda, "
Aku melihat mimpi-mimpi kamu itu sepakat menunjukkan bahawa Lailatul Qadr ialah pada malam ke-7 lekur daripada 10 malam terakhir Ramadan. Sesiapa yang ingin mendapatkannya, maka bersungguh-sungguhlah mencarinya pada malam yang ke-7 likur dari 10 malam terakhir tersebut."
- Ubai ibn Ka'ab mengambil dalil berlakunya Lailatul Qadr dengan melihat keadaan matahari yang terbit pada pagi tersebut tanpa sinar.

Daripada Zirrin berkata: Aku berkata kepada Ubai ibn Ka'ab:

"Dari manakah kamu tahu wahai Abu Munzir bahawa Lailatul Qadr berlaku pada malam 27?"


Jawabnya,
"Bahkan, RasuluLLah عليه الصلاة والسلام telah mengkhabarkan kepada saya, bahawa ia adalah malam yang paginya terbit matahari tanpa sinar. Maka kami mengira dan mengingatinya. Demi Allah! Ibn Mas'ud telah mengetahui bahawa ia dalam bulan Ramadan dan pada malam 27, tetapi beliau tidak suka memberitahunya kepada kamu kerana kamu akan berpegang dengannya sahaja." [Telah berkata Imam Tirmizi: Hadith ini Hasan Sohih]

Di dalam riwayat Muslim menyatakan bahawa Ibn Mas'ud bertindak sedemikian supaya manusia tidak hanya berpegang kepada pendapat tersebut, kerana apabila orang ramai telah berpegang dengannya, sekalipun pada kebiasaannya ia adalah tepat, sudah tentu mereka tidak akan beramal pada malam-malam yang lain selain malam tersebut.




thanks for read my entry. drop some comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...