\ The Only Sparkling Star :): Malam 27 Ramadhan

kengkawan :)

Tuesday, August 2

Malam 27 Ramadhan

Kun minal Rabbaniyyin wa La Takun minal Ramadaniyyin~~

Kenapa "Ia" dikatakan Pada Malam ke-27 Ramadan- Disebut dalam kitab Latoif al Maarif bahawa sebahagian ulama' menyatakan Lailatul Qadr berlaku pada malam yang ke-27 kerana mengambil dalil dari dua tempat di dalam al Quran:

 1) Allah telah mengulang menyebut perkataan (ليلة القدر) pada 3 tempat di dalam surah al Qadr dan ia mengandungi 9 huruf. Oleh yang demikian, apabila didarab 3 dengan 9 maka ia menjadi 27, iaitu malam berlakunya Lailatul Qadr.


 2) Allah juga berfirman (سلام هي) dalam surah al Qadr. Maka kalimah (هي) yang bermaksud Lailatul Qadr adalah kalimah yang ke-27 daripada 30 kalimah yang terdapat di dalam surah ini.
- Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal daripada Sayyidina Abdullah ibn Umar beliau berkata:

"Sahabat-sahabat Nabi عليه الصلاة والسلام sentiasa menceritakan kepada Nabi عليه الصلاة والسلام tentang mimpi-mimpi mereka bahawa Lailatul Qadr ialah pada malam ke-7 lekur di dalam malam ke-10 terakhir Ramadan. Maka Nabi عليه الصلاة والسلام bersabda, "
Aku melihat mimpi-mimpi kamu itu sepakat menunjukkan bahawa Lailatul Qadr ialah pada malam ke-7 lekur daripada 10 malam terakhir Ramadan. Sesiapa yang ingin mendapatkannya, maka bersungguh-sungguhlah mencarinya pada malam yang ke-7 likur dari 10 malam terakhir tersebut."
- Ubai ibn Ka'ab mengambil dalil berlakunya Lailatul Qadr dengan melihat keadaan matahari yang terbit pada pagi tersebut tanpa sinar.

Daripada Zirrin berkata: Aku berkata kepada Ubai ibn Ka'ab:

"Dari manakah kamu tahu wahai Abu Munzir bahawa Lailatul Qadr berlaku pada malam 27?"


Jawabnya,
"Bahkan, RasuluLLah عليه الصلاة والسلام telah mengkhabarkan kepada saya, bahawa ia adalah malam yang paginya terbit matahari tanpa sinar. Maka kami mengira dan mengingatinya. Demi Allah! Ibn Mas'ud telah mengetahui bahawa ia dalam bulan Ramadan dan pada malam 27, tetapi beliau tidak suka memberitahunya kepada kamu kerana kamu akan berpegang dengannya sahaja." [Telah berkata Imam Tirmizi: Hadith ini Hasan Sohih]

Di dalam riwayat Muslim menyatakan bahawa Ibn Mas'ud bertindak sedemikian supaya manusia tidak hanya berpegang kepada pendapat tersebut, kerana apabila orang ramai telah berpegang dengannya, sekalipun pada kebiasaannya ia adalah tepat, sudah tentu mereka tidak akan beramal pada malam-malam yang lain selain malam tersebut.




thanks for read my entry. drop some comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...