\ The Only Sparkling Star :): Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan :)

kengkawan :)

Saturday, August 20

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan :)



Assalamualikum w.b.t ?? jawab jawab. nanti tak pasal pasal berdosa pulak.
Alahhhhh... dah nak habis laaa Ramadhan kan kan ? :( sedih :( dah banyak ke amalan yang dah saya buat arr ??huuhuhuhu. takpe takpe. masih ada 10 hari lagi ! Aww~! 10 malam terakhir ? means... boleh lah kita cari pahala lebih sebab 10 malam terakhir ramadhan kan ada malam LAILATUL QADAR! malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! so apa tunggu lagi ??!! jom jom !
HADIS MALAM LAILATUL QADAR
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Saya nak kongsi sikit perkara yang kita boleh buat untuk rebut peluang nie :)
* Kosongkan 10 malam terakhir daripada perkara yang takde faedah atau kerja kerja yang leh buat korang sibuk gila
* Banyak melakukan ibadah berjemaah
* Mendekatkan diri dengan rumah Allah SWT
Solat Tarawih & Witir
Membaca/tadarus Al-Quran
Berzikir & berselawat kepada Nabi SAW
Solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat
Menghadiri majlis ilmu
Banyak berdoa memohon ampun daripada Allah

Apa tunggu lagi ??! jom lahhh! Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.



thanks for read my entry. drop some comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...