\ The Only Sparkling Star :): Cerita KIS :)

kengkawan :)

Monday, May 14

Cerita KIS :)

Assalamualaikum.. wow. lama da saya tak update blog nie. takde mase dah nak menulis sejak masuk kolej. sekarang Azah tengah cuti sebulan sebelum masuk diploma bulan 6 nanti. btw, Azah nak promote sikit kolej yang Azah nak masuk nie. meh sini Azah kenal kan KOLEJ ISLAM AS SOFA :D




Kolej islam as sofa. menawarkan 4 kursus diploma

1. Syariah
2. Usuluddin
3. kewangan islam
4. Pengurusan islam

Keistiwewaan nya kolej islam as sofa

1) Kami di didik CINTAKAN ALLAH & RASUL.

- sekarang ramai yang hanya mampu menzahirkan rasa cinta dengan rasullah hanya dengan kata-kata. disini zahir dan batin kami diajar mencintai dan melakukan semua kerna Allah dan rasul. itu pesanan syeikh.

-“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”

2) Kami di didik supaya BERADAB.

- adab dengan guru bukan lagi suatu perkara yang menjadi ikutan pelajar sekarang. disini kami diajar cara ulama terdahulu mementingkan adab terhadap guru yang bagi ana satu sikap yang perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar pelajar. sesungguhnya bila kita beradab dengan guru, ilmu yang kita dapat adalah barakah. MasyaAllah.

-“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.”

3) Kami di didik untuk mengenali Kitab-kitab Thurath.

- Setiap hari kami ngaji Kita thurath. Syaikh kenalkan kami dgn byk kitab. Mcm kitab hidataus salikin, munyatul musolli, minhajul abidin, hikam, Tajul urus dll. Pertama kali saya dapat khatam Kitab Syamail. Kami bertalaqi setiap hari. Walau syaikh penat, syaiakh akan cuba dtg ajar kami. Walau syaikh tidur lewat, syaikh dtg jgk. Syukran walid.:)

-“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”

4) Maktabah / Perpustakaan kami ada ribuan Kitab.

- cerita maktabah paling best. kat kolej yang hanya 3 tingkat rumah kedai tu menyimpan 100,000 kitab-kitab dari seantero dunia. kalau masuk jer. ana jamin confirm tak nak keluar dah. kerana ada sir (rahsia-aura) yang antum semua tak kan rasa kat maktabah2 kat luar sana.

5) Ustaz dan ustazah macam adik beradik kami

6) Kami belajar ilmu secara bersanad.

- Zaman mutaakhir ni kita sangat bimbang jika ilmu yang kita ambil itu tidak sohih. Jadi pentingnya ilmu secara bersanad. Yakni ilmu yang daripada Rasulullah kepada masyaikh kepada masyaikh hinggalah kepada kami. Maknanya pertalian dan penurunan ilmu itu dapat dilihat dgn jelas sumber ilmu itu daripda siapa. Alhamdulillah, kaedah pembelajaran kami sama spt mana kaedah pembelajaran Para Ulamak.

-“Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”

7) Kami belajar sistem pondok tetapi bersifat MODEN.

8) Kami berQASIDAH setiap hari

- sebelum memulakan pengajian malam adalah suatu kewajipan kami berqasidah supaya dilembutkan hati untuk menerima ilmu dan merasai aura cinta rasulullah. banyak qasidah di kolej tak de kat tempat lain. syok nye qasidah :D

9) Selalu jumpa ULAMAK.

- best! best! best! setiap bulan ana boleh confirm kat antum semua akan dapat jumpa ulamak kat serata dunia. mekkah, madinah, syria n etc. baru2 nie ana berpeluang bertemu dengan Habib Ali dan Habib Umar. aura masih ada sampai sekarang, MasyaAllah.

10) Kami dididik untuk BERKHIDMAT.

- Jujurnya, dulu kami selalu ngelat untuk laksanakan khidmat pada ummah. Kami liat nak bantu org. Tapi di sini ustaz2 didik kami dan cerita pada kami sir (rahsia) berkhidmat kepada ummat Nabi Muhammad lebih-lebih lagi berkhidmat untuk ahli ilmu. Kami seronok berkhidmat. Anda mungkin akan terkejut jika melihat ada di antara kami yang susun seliper, siram pokok bunga, lap tingkap, buang sampah. Wallahi, di kolej kami tak ada cleaner.
Khidmat ini ialah sunnah para sahabat kepada Rasulullah. Sunnah para ulamak juga. Jadi sewajarnya kami yg menuntut ilmu ini turut berkhidmat. Semakin byk khidmat semakin dibuka futuh.

11) Kami dapat banyak ijazah dan dapat byk hadith musalsal.

- Syaikh kami almusnid hadith, org yg a'lim dalam bidang ilmu hadis. jadi banyak ijazah yang diberikan kepada kami. Hehe. Jgn jeles ye.

13) Kami di didik untuk laksanakan program besar-besaran.

14) Diploma kami hanya 2 TAHUN !!

- jimat masa n jimat umur, org lain 3 tahun kita blaja 2 tahun jer. pergghhh.

15) Menerima anda walaupun anda bukan lepasan Sekolah Agama.

- jujur ana katakan, ana dari sekolah biasa. takde arab. tak pernah belajar arab. memang kosong kalau nak kata bab arab nie. tapi kat sini boleh terima ana masuk n belajar arab dengan ustaz arab import dari mesir mengajar kitorang, mula2 memang rasa kekok r nak belajar lama2 ustaz tu pon banyak bagi motivation kat kitorang. memang seronok r belajar kat sini.

16) Ada bantuan PTPTN

- jangan risau. bak kata sheikh sendiri. penuntut ilmu ada rezeki nya. belajar jerr. InsyaAllah, Allah permudahkan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa lagi kawan kawan. gapai peluang ini.. ana jamin tak jumpa dimana-mana pun!
bersama sama kita berjuang mencari redha Allah. Allahuakhbar !

“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”

“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”

boleh hubungi ada melalui facebook (inbox) : 
https://www.facebook.com/azah.wza
untuk sebarang persoalan mungkin antum boleh cari soalan dan jawapan di link ini : http://azahbalqis.blogspot.com/2012/05/soalan-tentang-kis.html



thanks for read my entry. drop some comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...