\ The Only Sparkling Star :): Soalan tentang KIS ?

kengkawan :)

Monday, May 14

Soalan tentang KIS ?

Assalamualaikum.. sini ada banyak soalan dan jawapan yang banyak dikemukakan oleh orang ramai.. jadi boleh laa rujuk kalau ade soalan antum disini.



Tawaran masih dibuka sebelum 4 Jun 2012
Peluang Melanjutkan Pengajian di Kolej Islam As-Sofa

Sila PM (private message) admin Ilmu Islam untuk mendapatkan borang.

PERTANYAAN LAZIM


▽ Di manakah lokasi kolej ini?

✔ Ampang, Selangor Darul Ehsan.


▽ Adakah kolej ini menerima pelajar lelaki dan perempuan?

✔ Ya.

▽ Adakah syarat had umur terbatas untuk memasuki kolej ini?

✔ Tidak ada, sesiapa sahaja boleh memohon dan diterima jika mempunyai kelayakan.

▽ Adakah sijil mempunyai pengiktirafan?

✔ Ada, pengiktirafan MQA.

▽ Bolehkah lepasan diploma di kolej ini menyambung di mana-mana universiti lain selain di Universiti As-Sofa dan Universiti Al-Bayt Jordan?

✔ Boleh, tiada masalah.

▽ Bolehkan lepasan pondok atau maahad tahfiz yang tidak mempunyai kelulusan SPM diterima masuk?

✔ Boleh, jika berjaya memasuki Kolej Islam As-Sofa, pelajar tersebut perlu mengambil tiga subjek SPM dan lulus sebelum tamat tempoh pengajian diploma.

▽ Berapakah yuran sepanjang pengajian, dan yuran pendaftaran?

✔ Yuran sepanjang pengajian lebih kurang RM15,000. Ini termasuk kos penginapan. Yuran pendaftaran RM1000, tetapi sekurang-kurangnya RM300 dilunaskan pada hari pendaftaran (4 Jun 2012), baki selebihnya boleh dibayar pada waktu yang lain.

▽ Adakah keperluan makan dan minum disediakan?

✔ Tidak, makan dan minum ditanggung oleh pelajar sendiri seperti institusi pengajian yang lain.

▽ Adakah PTPTN boleh dipohon bagi pelajar kolej ini?

✔ Boleh, pinjaman kewangan PTPTN boleh dipohon bagi pelajar yang layak.

▽ Adakah tawaran ini terhad kepada warga Malaysia sahaja?

✔ Ya, setakat ini tawaran tidak dibuka pada peringkat Nusantara mahupun antarabangsa.

▽ Bagaimanakah pihak kolej memberikan maklum balas untuk borang pemohon yang telah dihantar?

✔ Pihak kolej akan memberi maklum balas dengan menghantar surat tawaran penerimaan pemohon sebagai pelajar Kolej Islam As-Sofa, melalui pos.

▽ Saya ingin melanjutkan pengajian di Universiti As-Sofa pada peringkat ijazah sarjana muda, tetapi saya hanya ada diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang lain (bukan agama), adakah saya diterima?

✔ Jika anda lulusan selain bidang agama sebelum ini, anda perlu mengambil semula diploma yang ditawarkan di Kolej Islam As-Sofa, sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

▽ Adakah tawaran dengan kelayakan syarat yang mudah begini akan kekal pada sesi pengambilan pelajar baharu seterusnya?

✔ Ada kemungkinan akan kekal, ada kemungkinan tidak kekal, iaitu kemungkinan syarat kelayakan semakin ketat. Semoga anda di luar sana menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaiknya.

Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan anda, siapa lagi? Insya'Allah semoga pemohon diterima dan semoga semua dirahmati Allah.
_____________________________________

Syarat seperti ini tidak tetap setiap tahun, kemungkinan pada masa akan datang, syaratnya lebih ketat dan sebagainya. Maka ambillah peluang ini.

Jika anda layak dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk melanjutkan pengajian di Kolej Islam As-Sofa, sila PM admin Ilmu Islam dengan segera untuk mendapatkan borang permohonan.

Cepat, selagi tempat masih ada.

thanks for read my entry. drop some comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...